Tuesday, April 30, 2019

Team Building

Assalamualaikum and hi semua! Apa khabar? Harini saya nak share my camping experience at Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat. So, pihak kami seramai 37 orang berkhemah kat tempat ni. Kami berkhemah selama 3hari 2 malam and yes; unfortunately it was raining on the second day.

Ok kita start dengan first day dulu ya.

19/4/2019-Jumaat
Kami sampai around 6pm. Sampai2 tu khemah sebanyak 15 biji dah siap pasang semua. Ada 3 tapak perkhemahan and kami pilih yang paling tak berisiko sebab atas sebab2 tertentu kami kena fikir dari pelbagai aspek. Actually, kami tempah 13 khemah je tapi dia pasang 15 khemah so dengan rasa syukur kami tak cakap banyaklah. hahaha. Terima je. Kami ambik tapak khemah kat tanah lapang tepi kolam.


This is how our camping site looks like.

Ada lagi 2 tapak perkhemahan dekat dalam hutan and atas bukit if I'm not mistaken. So let's talk about the price. Harga satu tapak untuk satu khemah ialah RM15 per day. Khemah pulak RM10 per khemah. So total tapak and khemah kami untuk 3 hari 2 malam = RM 50. Itu tak termasuk makan. kalau ambik pax tapak+khemah+makan+ RM90 per day. Makan utk pakejtu ialah 3 kali makan. Kami ambik pakej lain. Saya pun tak sure kami ambik pakej mana sebab Ketua Program yang close deal. Saya tahu sikit2 je sebab sy tolong2 sikit. Hehe. 

Ok, jom move to our next activity............which is CAMPFIRE! Yeayyy!!! Seriously nak cakap campfire ni memang best malam2 sbb that feeling....kumpul ramai2 dgn kawan2. Memang best and cantik !

Cantik, kan? Tu bulan tau yang bulat bersinar tu. This picture was shot on Iphone XR if I'm not mistaken.

20/4/2019-Saturday

Dah start dengan aktiviti dah second day ni. Btw campfire ni pun masuk under aktiviti jugak. All of the activities provided have fixed price which is RM 15 except for bbq. So, kami ambik 4 aktiviti; campfire, water confidence, flying fox and obstacles. Sebelum start our first activity on the second day ni, kami bersenam dulu. 

Tapak court futsal ni betul-betul tepi tapak perkhemahan kami. Tepi court ni baru ada kolam. So pagi ni ada obstacles yang macam kat PLKN tu. Senang je bagi budak2 lelaki tapi kalau utk kaum hawa yang lemah macam saya and kawan2 memang menitik2 peluh. Hahahahaha. Teringat Meng macam nak nangis nak habiskan obstacles. Bukan Meng sorang je sebenarnya; say pun macam nak nangis jugak. Hahahahaha. Sorry tak ambik gmbr utk obstacles sbb phone kena kutip. Ada satu je gmbr and tu pun gmbr last obstacle of the day. Hahahahah.

Make sure kasut ada bunga or tapak or gigi or grip or whatever you call it okay. Licin jugak actually sebab waktu ni macam around 10/11 am gitu. 

Next: flying fox but you won't fly. :)
Lepas pakai harness and topi semua; u can fly to Europe. Jkjkjk. Takde lah. Fly ke bawah je. Hahahahahaha. 120 meter je distance dia.


Dari atas bukit sampai bawah je. Sekejap je. Dalam 15 seconds kot. Time aku naik time tu lah semua buat jahat; suruh abang jaga tu stop kejap2. Flying fox lalu tasik ni utk sampai.

Bila dah siap; semua happy. yang mana takut tinggi boleh main ni utk hilang kan ketakutan tu. Flying fox blh tampung berat up to 150kg. Yang mana berat 30 kg tu blh lh pilih partner nak  naik dengan siapa. Budak2 nak naik pun boleh  naik tapi kena ada org dewasa peluk. Don't worry, before naik ada taklimat okay. :)

Ok, malam pulak ye. Malam ada bbq and barang basah semua kami beli sendiri. Just sewa tempat bakar2 tu je which costs us RM80. Arang semua beli sndri. Tempat blh request nk buat kat mana. Kami pilih kat court futsal tu je senang.

Ni sebelum hujan turun. Bila hujan, pepandailah bawak diri. Untuk khemah pulak,ada certain khemah yang memang basah kalau hujan. Ada khemah yang tak. Tapi kalau hujan, secara logiknya memang basah lh khemah sebab khemah tu khemah biasa2 je; bukan yang kalis air. Hujan pulak lebat malam tu. Kena lapik nak tidur sebab macam lembab tanah baru lepas hujan kan. 

Ok, lepas bbq jangan harap lah nak terus tidur. Hahahaha. Apa lagi; keluar g Bukit Ampang lah malam2. View dia SUBHANALLAH CANTIK!!!! 

You can see KLCC from there. Ada jual2 kat atas bukit tu. So, blh lh makan2 sambil lepak. But the truth is, macam ramai mat rempit and orang dating kat situ. Tu apa yang I observe lah. 

21/4/2019-Sunday a.k.a last day

Last day dah. Hahahaahha. Ok, pagi ni kitorang ada satu je aktiviti yang rasa mcam berjam lamanya sebab diri sendiri sangkut kat sini. hahahahahahah.  Water confidence/water rescue/ trust and fall.  Dalam water confidence ni byk aktiviti dia. Aktiviti ni dalam tasik yang lalu masa flying fox tu only Allah knows dalam tasik tu apa jenis kuman and air or najis yang ada sampai balik lepas 2-3 hari pun masih gatal2 lagi. Hahahahaha. Tapi best lh experience tu. Sorry sangat sebab takde gmbr for this particular activity sebab semua orang masuk dlm tasik so nobody ambik gmbr. 

But, satu benda yang i will remember forever bila buat 'twinning'. Sorang jadi mangsa lemas or pengsan and sorang lagi jadi penyelamat. And aku partner dengan Meng kecik molek and literally kitorang tak bergerak. Kitorang berpusing2 tengah tasik. Berenang ke sana ke mari tempat sama jugak. HAHAHAHAHAHAHAHA. Pastu, trainer tu is an old uncle jerit kat kitorg; "Yang perempuan kat tengah ni dari tadi lagi tak bergerak2, korang nak g mana?!!!  Nak balik Indon ke?!!!". HAHAHAHA AKU MALU TAPI XRETI AT THE SAME TIME. HAAHAHAHAH . Bila gelak dia marah ok. Mampu gelak dalam hati je. Orang lain dah siap patah balik pun kitorg kt tgh tu lg. hahaah. 

Ok, that's all I guess for now. Thank you yang mana sudi singgah baca. Pls leave yr comments down below. This is my first post and I intend to write more to share with you my experiences. Thank you and may Allah bless you all. 

P/s: Makanan kat resort ni kitorang tak berapa ok sgt sbb selalu tak ckup utk kitorang. Yang lain semua tiptop meletop!

Recommended: Yes
Stars: 3/5

Resort ni ada byk cawangan lagi and sepanjang perjalanan nak sampai ke resort ni pun byk lg chalet/villa/resort lain. Kalau nak contact , search je kat fb nanti keluar. Thanks! Assalamualaikum and good night!